PENDUDUK KAMPUNG TIUNG KANPAN SUGUD KESAL PADA DARELL,ZAHIR SOKONGAN PADA GRS.

Prihatin dengan musibah yang menimpa penduduk, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kenny Chua telah turun padang meninjau penduduk-penduduk yang terjejas disebabkan tanah runtuh di Kampung Tiung Kanpan Sugud, Penampang.

Kejadian tersebut juga telah menyebabkan jalan utama di kampung itu terjejas dan saluran parit tersumbat berikutan hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari.

Salah satu jambatan yang menjadi kegunaan harian penduduk kampung juga rosak teruk disebabkan tanah runtuh dan hujan yang berterusan. Hal ini menyebabkan situasi bertambah rumit dan perlu dibantu dan ditangani dengan segera.

Dari aduan penduduk Kampung, kejadian seperti ini bukanlah pertama kali berlaku dan aduan sudah dibuat berulang kali kepada mantan ahli Parlimen Penampang Darell Leiking namun tiada tindakan daripada beliau.

Penduduk kampung berasa kesal dan kecewa terhadap Darrel Leiking kerana tidak peka dan mengambil mudah permasalahan penduduk di kampung itu.

Menurut Kenny, hal ini harus diberi perhatian kerana ini bukan sahaja menyusahkan penduduk tapi risiko pada keselamatan penduduk di kampung ini.

Penduduk di kampung Kanpan Sugud juga menzahirkan sokongan mereka pada Kenny untuk menyelesaikan permasalahan di kampung itu. Kenny juga berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik selaku ahli parlimen jika diberi kepercayaan oleh masyarakat di P174 Penampang.

Published by ADMIN (AM)

A.M

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan